
Harga: RM 15
Sinopsis Buku
Haji & Umrah: Falsafah,
Fadilat & Hikmah serta Cabarannya
Buku yang
mengandungi 248 muka ini mengungkai
serta mengupas segala falsafah, hikmah, fadilat serta cabaran-cabaran yang
melingkari ibadah suci haji. Antara kandungannya:
§
Haji itu suatu penyerahan mutlak ke hadrat Allah SWT
§
Haji itu suatu peluang untuk menuju keredhaan Allah
§
Haji itu suatu peluang atau kesempatan melihat
serta menginsafi keagungan dan kebesaran
Allah
§
Haji itu suatu peluang untuk menebus dosa dan noda
§
Haji itu suatu peluang untuk menikmati rahmat dan kasih sayang Alllah
§
Haji itu penuh cabaran dan kekangan
§
Haji dan umrah itu penuh doa, permintaan dan harapan
§
Haji menuntut ketegaran jati diri, minda
dan fizikal
§
Haji penuh dengan amalan soleh seperti;
o
bersedekah
o
perkhidmatan sukarela, dan sebagainya
Penulis merasakan
aspek-aspek di atas perlu diketahui dan dihazami selumatnya oleh para bakal
haji sebelum mereka melangkahkan kaki untuk menjadi tetamu Allah bagi merangsang penghayatan serta menikmati
kesyahduan dan kesenduan ibadah suci berkenaan. Kefahaman yang jelas akan
membantu bakal-bakal haji mempasrahkan diri bagi menghadapi segala kemelut
serta prejudis dan prasangka buruk yang dijana oleh kerja-kerja haji yang lasak
dan serba mencabar itu. Secara tidak langsung fenomena ini akan memudahkan
pengurusan dan pentadbiran pihak penganjur seperti Tabung Haji dan pakej-pakej
haji swasta. Segala bahan serta contoh tauladan dalam buku ini diasaskan daripada pengalaman, pemerhatian
serta penganalisaan penulis sendiri dan diperkukuhkan lagi dengan hujah-hujah serta garis panduan yang dipetik
daripada firman Allah SWT menerusi Al-Quran dan hadith-hadith baginda Rasulullah SAW yang banyak terdapat di
dalam kitab-kitab hadith yang tersohor dan muktabar.