

SABAR...
-Menghadapi
karenah dan birokrasi pihak berkuasa
Arab Saudi (seperti Imigresen, Kastam, petugas
lapangan terbang, pengawal keselamatan Masjid Nabawi & Masjidil Haram)
-Menghadapi
keletihan dan ketidakselesaan
daripada aktiviti-aktiviti haji/umrah yang amat lasak dan penuh dengan cabaran dan
dugaan
-Menghadapi karenah dan ragam manusia (jemaah lain,
rakan sejemaah) yang pelbagai jenis, perangai, perwatakan dan budaya
-Menghadapi peraturan-peraturan dan disiplin ibadah
yang ketat seperti pantang-larang ihram serta peraturan tawaf, saie, tahallul
yang wajib dipatuhi
-Melaksanakan
setiap tuntutan ibadah sampingan
serta ibadah-ibadah pengabdian diri
yang memerlukan ketahanan mental, istiqamah perbuatan, ketegaran iktikad serta
semangat dan jati diri yang kental
SYUKUR...
-kerana menjadi
orang yang terpilih menjadi tetamu Allah
dan telah dilimpahkan rezeki yang
melimpah ruah hingga mampu mengerjakan ibadah haji/umrah ini
-kerana Allah
telah membuka hati untuk mengabdikan
diri menjadi tetamuNya di tanah suci Makkah dan Madinah ini
IKHLAS...
-dalam setiap ibadah (solat, tawaf, saie, puasa dll) yang dilakukan
sehingga tidak terlintas sebarang
keluhan, rungutan atau kekesalan malah amat bahagia dan terhayat melakukannya
-dalam setiap iktikad, perbuatan serta
amalan yang dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah semata-mata
REDHA...
-dengan segala musibah, dugaan dan cubaan yang
ditimpakan oleh Allah dan tidak prejudis atau berprasangka buruk terhadap Allah
SWT
-dengan Qada’ dan Qadar Allah serta tidak mempertikaikan
keadilanNya dan pasrah serta percaya dengan
hikmah yang terkandung di sebalik setiap yang berlaku itu
PEMURAH...
-dalam setiap
sumbangan (ilmu, wang ringgit),
perlakuan (senyuman, tutur kata),
bakti dan amal soleh (bantuan, bimbingan
dan pertolongan) yang dihulurkan kepada jemaah yang memerlukan
BERTIMBANG RASA...
-kepada semua
tetamu Allah terutamanya yang lemah, tua
serta uzur tanpa mengira darjat,
bangsa dan keturunan dalam setiap aspek tindakan dan layanan kita
BERTANGGUNGJAWAB...
-terhadap mahram dan saudara mara yang turut
serta menunaikan ibadah suci berkenaan
-membantu memastikan mereka selamat, selesa dan yakin menjalankan segala tuntutan dan syariat
haji/umrah tersebut
TOLONG MENOLONG...
–dalam apa jua aspek terutama kepada mereka
yang lemah, uzur, kurang upaya dan
amat memerlukan bantuan dan keprihatinan kita
PENYAYANG...
–terhadap semua
tetamu Allah tanpa ada diskriminasi
(tanpa mengira paras rupa, kecil besar, miskin kaya, darjat dan keturunan, kaum
atau bangsa)
BERTAUBAT...
–dan sentiasa muhasabah diri terhadap dosa-dosa,
maksiat dan kemungkaran yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita ini
Bahan motivasi ini disediakan
oleh:
Haji Zainal bin Haji Bujang
Diadaptasi daripada:
Booklet “Panduan Perjalanan Tetamu Allah”
(yang disediakan untuk jemaah umrah di bawah pimpinan beliau)
![]()