Sudut motivasi untuk bakal tetamu Allah

PROFILE PENULIS

Nama: Haji Zainal bin Haji Bujang

Tarikh Lahir: 10 September 1948

Tempat Lahir: Negeri Sembilan

 

    Tuan Haji Zainal pernah bertugas sebagai Guru Penolong, Guru Penolong Kanan, Guru Besar dan Penyelia Kanan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum bersara pada 10 September 2004 setelah berkhidmat selama 35 tahun 8 bulan dan 8 hari. Sepanjang perkhidmatan beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti Ko-Kurikulum yang melibatkan perkhemahan pelajar-pelajar. Selain itu beliau juga merupakan seorang motivator yang banyak memberikan ceramah serta bimbingan motivasi kepada pelajar-pelajar serta guru-guru di sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.

    Dengan rahmat dan anugerah Allah beliau telah diberi peluang untuk menunaikan haji sebanyak 3 kali ( 1992, 2002, 2005 ) dan umrah sebanyak 14 kali (setakat tahun 2008). Berdasarkan pengalaman tersebut beliau telah terpanggil hasrat dan tersentuh hati untuk menitipkan segala pengalaman dan pemerhatiannya sewaktu mengerjakan haji dan umrah tersebut untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah untuk melaksanakan ibadah suci tersebut dengan sebaik-baiknya serta mendapat seoptimum manfaat daripadanya.

    Program kembara suci Umrah dan Ziarah ini adalah usaha beliau yang berterusan sebagai penganjur dan pembimbing. Beliau pernah menjadi pembantu penganjur dan pembimbing program Umrah – Kembara Mata Hati (2) anjuran bersama Tabung Haji Travel & Services dan Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. pada 01 hingga 11 Jun 2005. Ketika menjadi wakil sah syarikat Bahrulmazi Travel & Tours (bermula Mac 2006) beliau telah berjaya menganjur serta membantu membimbing 2 siri kembara suci Umrah & Ziarah iaitu pada 29 Mei hingga 10 Jun 2006 dengan peserta seramai 40 orang dan kembara suci Umrah & Ziarah pada 18 Ogos hingga 01 September 2006 seramai 38 orang peserta.

    Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengurus di Bahrulmazi Travel & Tours. Selain bertindak sebagai pengurus, beliau turut ditugaskan sebagai pembimbing dan pemimpin jemaah umrah bermula dari tanah air, di Makkah dan Madinah hinggalah kembali semula ke tanah air.

    Mulai Mac 2008, beliau mengambil keputusan untuk bertindak sebagai Freelance Motivator yang memberikan khidmat bimbingan motivasi, penghayatan dan pemantapan minda kepada para bakal haji dan umrah. Setakat ini, beberapa agensi umrah dan orang perseorangan di sekitar Lembah Kelang telah mendapatkan khidmat beliau.

    Mulai April 2009, beliau telah dilantik sebagai Master Agent bagi Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd. Beliau beriltizam untuk mengelola dan membimbing beberapa siri kembara suci lagi selagi hayat dan kesihatan mengizinkan. Insya Allah...

 

 

 

KERATAN AKHBAR BACARIA, 17 0G0S 2005

 

Baca Selanjutnya...

 

 

 

Sudut Motivasi

~ Bersama Tuan Haji Zainal ~
 

Salam dari Pengarang

 

Warkah buat bakal Umrah

 

Warkah buat bakal Haji

 

Faktor teras: Umrah/Haji - Mabrur atau Tertolak?

 

Kursus Bimbingan & Motivasi Umrah oleh Tn. Hj. Zainal

 

Sudut Berita

 

Temui kami di Kursus Haji Bersiri 2010

  • Komplek Haji Kelana Jaya

  • Setiap Ahad, 8 am - 12 pm

  • Mulai 21 Mac 2010

Buku Terbaru dari MH.com

 

 

Kit Terbaru dari MH.com

 

Kit Persediaan Pra-Haji Mabrur

 

Bahan di dalam kit ini disasarkan buat bakal jemaah Haji yang akan menunaikan haji dalam tempoh 5 tahun lagi. Ia membantu para bakal haji menjuruskan minda mereka sedari awal lagi bagi mencapai matlamat Haji Mabrur di sisi Allah.

 

Kit Haji Ifrad dan Kit Haji Tamattu'

Mantapkan penguasaan anda di dalam pelaksanaan jenis haji yang dipilih menerusi buku-buku berikut:

 

   

Boleh didapati secara berasingan atau dalam bentuk Kit/Pakej.

 

MotivasiHaji.com kini masuk tahun ke-4!

Terima kasih di atas sokongan anda terhadap kami. Semoga kami terus utuh dan dapat memberi manfaat yang tak ternilai buat bakal tetamu Allah...

 

2 buah buku kini berwajah baru

Pihak Al-Hidayah Publishers telah menukar kulit buku "Bimbingan Komprehensif Mengerjakan Umrah" & "Iktibar Tanah Suci (Makkah & Madinah)" yang telah diulang cetak. Akan tetapi, tiada sebarang perubahan di dalam isi kandungan buku-buku tersebut. Harap maklum.

 

 

 

 

Road Tour MH.com 2007-2009

  • Komplek TH Kelana Jaya

  • Masjid Al-Mukarramah, Sri D’sara

  • Masjid Al-Hidayah, Sentul

  • Masjid Bandar Baru Sentul

  • Masjid Az-Zakirin, Selayang

Klik untuk gambar

 

 

 

Anda adalah pelawat yang ke:

 

pearls
pearls Counter