~WARKAH DARI PENGARANG~

SECEBIS RENUNGAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI

 

 

Assalamualaikum wbt.

 

Sebagaimana semua sedia maklum bahawa IBADAH HAJI adalah RUKUN ISLAM yang kelima yang WAJIB dilaksanakan oleh sekalian umat Islam yang berkemampuan. Haji melengkapkan tahap KEIMANAN dan KETAQWAAN seseorang muslim dan mukmin. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana umat Islam di negara ini telah ada kesedaran yang ‘mantap’ untuk menyahut saranan Allah itu. Difahamkan hingga saat ini seramai 300,000 umat Islam sedang menunggu ‘kuota’ bagi menunaikan rukun Islam kelima itu. Demikianlah sukarnya peluang untuk menunaikan ibadah haji kerana ‘kuota’ untuk negara kita hanyalah sekitar 26,000 orang bagi satu-satu tahun. JUSTERU, amat beruntunglah mereka yang telah tersenarai dalam ‘kuota’ untuk menjadi tetamu Allah dalam sesuatu musim haji itu.

 

 

NAMUN, agak malang apabila melihat sebahagian besar umat Islam yang sedang melengkapkan RUKUN ISLAM mereka yang kelima itu melaksanakan TUGASAN SUCI mereka itu dalam keadaan yang LESU serta BERSELIRAT dengan beraneka KESALAHAN dan KEPINCANGAN  yang TIDAK SEPATUTNYA. Mengapakah berlaku perkara yang sedemikian?

 

SEHUBUNGAN ITU, saya telah membuat sedikit penyelidikan berasaskan pengalaman ‘3 kali haji dan 14 kali umrah’ saya. Saya hairan kenapa orang yang telah bergelar haji itu masih melakukan pelbagai KEMUNGKARAN dan KEFASIKAN  malah lebih teruk lagi daripada sebelumnya. Saya telah MENITIPKAN hasil kajian dan pemerhatian saya itu dalam sebuah buku yang saya berikan nama: ‘TITIK-TITIK HITAM DI PERSADA SUCI HAJI DAN UMRAH’

 

Sebuah buku analisa motivasi yang telah mengupas beberapa sebab yang telah menyebabkan ibadah haji yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam itu gagal mencegah mereka daripada melakukan perbuatan ‘keji dan mungkar’. Apakah faktor yang mendorong mereka, yang sepatutnya telah ‘bersih hati dan nurani’ hasil daripada roh dan tarbiyyah haji itu, untuk kembali semula ke alam ‘pra-haji’ mereka yang jahil dan mungkar itu ? BUKU INI AMAT SESUAI DIJADIKAN BAHAN BACAAN DAN RUJUKAN OLEH PARA JEMAAH BAKAL-BAKAL HAJI YANG BERCITA-CITA MENDAPATKAN HAJI YANG MABRUR

 

 

 

SETIAP bakal- bakal haji WAJIB membuat PERSEDIAAN AWAL  yang berkala dan sistematik. Amalan MENUNGGU saat-saat akhir serta BERTINDAK tergopoh-gapah apabila tiba masanya itu bakal merugikan diri para jemaah sendiri. Itulah salah satu punca dan sebab musabab mengapa KESYAHDUAN dan KESENDUAN ibadah haji itu gagal dikecapi oleh para jemaah. Oleh itu, persediaan PRA- HAJI amat perlu bagi membenihkan sinar PENGHAYATAN          dan KETERUJAAN bagi menghadapi tugas-tugas dan cabaran-cabaran ibadah haji yang begitu sukar dan kompleks itu. SEHUBUNGAN ITU, saya telah berusaha dan telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang berbentuk TIPS dan MANUAL PELAKSANAAN bagi merangsang minda dan menyemarakkan lagi KEGHAIRAHAN untuk mengerjakan ibadah suci tersebut.

 

Buku ‘345 TIP & MANUAL PERSEDIAAN PRA-HAJI MABRUR’ ini amat sesuai dibaca oleh para jemaah bakal-bakal haji yang bercadang menunaikan ibadah haji bukan dalam masa terdekat. Ia memaparkan 345 tip dan manual persediaan yang bermula sejak dari 5 tahun sebelum berangkat ke tanah suci bagi merealisasikan impian murni tersebut. Apakah persediaan-persediaan yang harus kita lakukan? Apakah tindakan-tindakan yang wajar kita aplikasikan dalam tempoh selama 5 tahun, 3 tahun, 1 tahun, 6 bulan, 3 bulan, 1 bulan dan hinggalah kepada hari keberangkatan? Memang amat sukar untuk mengingati segala keperluan-keperluan serta tindakan-tindakan tersebut.  Namun dengan adanya buku ini saya yakin jemaah tidak akan mudah hilang punca serta dapat melaksanakan setiap tuntutan itu dengan mudah, tepat dan betul. SAYA INGIN MENGESYORKAN SUPAYA JEMAAH YANG INGIN MELENGKAPKAN DIRI DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG AGAR MEMILIKI BUKU INI. SAYA OPTIMIS PARA PEMBACA TIDAK AKAN RUGI KERANA TIDAK BANYAK BUKU SEBEGINI DI PASARAN.

 

KESYAHDUAN dan KESENDUAN ibadah haji itu tidak datang dengan sendirinya. Ia tidak boleh dikecapi hanya dengan mengikuti KURSUS-KURSUS BERSIRI yang dianjurkan di masjid-masjid sahaja. Para jemaah bakal-bakal haji yang BERILTIZAM serta BERHASRAT untuk mendapatkan haji yang mabrur dan dapat MENIKMATI segala HIKMAH serta FADILAT kerja-kerja haji mereka harus mengetahui dengan sedalam-dalamnya segala FALSAFAH serta CABARAN-CABARAN ibadah berkenaan.  HANYA dengan memahami serta mendalami setiap aspek tersebut barulah SEMANGAT serta KEGHAIRAHAN untuk menyempurnakan garapan haji yang terbaik itu dapat DIREALISASIKAN sepenuhnya.

 

Justeru, saya ingin MENCADANGKAN kepada semua CALON DAN BAKAL-BAKAL HAJI supaya memiliki serta menghayati isi kandungan buku yang saya maksudkan ini.

 

Buku TATACARA KOMPREHENSIF MENGERJAKAN HAJI MABRUR ini mengupas dengan mendalam serta terperinci tentang bagaimana kerja-kerja haji itu dilaksanakan. Ia memberikan bimbingan serta tatacara bagi kita membina KECINTAAN dan KETERUJAAN untuk mengerjakan kerja-kerja haji tersebut. Ia mengesyorkan kepada kita tentang apakah tindakan kita 6 bulan, 3 bulan, 1 bulan, 1 minggu sebelum menjadi tetamu Allah.  Apakah tindakan kita apabila tiba di tanah suci sementara menantikan kemunculan hari WUKUF serta KERJA-KERJA HAJI yang wajib kita lakukan.

 

Buku PANDUAN MENGHARAP HAJI MABRUR pula menukilkan beberapa petua dan panduan bagaimana mengatasi segala masalah yang bakal timbul sepanjang 45 hari di tanah suci itu. SAYA SECARA PERIBADI AMAT MENGESYORKAN SUPAYA SETIAP JEMAAH BAKAL-BAKAL HAJI MEMILIKI KEDUA-DUA BUKU INI SEBAGAI RUJUKAN DARI SEMASA KE SEMASA.

 

Dalam usaha-usaha saya menghasil dan menyusun buku-buku ini, saya sentiasa mendapat galakan dan dorongan daripada kawan-kawan. Di samping memberikan maklumat serta input-input yang bernas dan berfaedah, mereka juga mengesyorkan kepada saya agar menyediakan bahan-bahan rujukan dan bimbingan yang berbentuk ‘RINGKAS dan PADAT’.  Kita sedia maklum bahawa ada di kalangan pembaca yang tidak berminat membaca penghuraian yang panjang lebar. Mereka mahukan ayat-ayat yang tidak memeningkan kepala mereka. JUSTERU, saya telah berusaha dan ALHAMDULILLAH berjaya menyusun 2 buah buku seperti yang mereka mahukan.

 

Buku PANDUAN A–Z: PELAKSANAAN HAJI IFRAD serta buku PANDUAN KOMPREHENSIF: PELAKSANAAN HAJI TAMATTU’ ini memenuhi CITARASA para pembaca yang tidak ada banyak masa untuk membaca hujahan dan huraian yang panjang lebar. Kedua-dua buku ini dihasilkan secara ringkas tetapi terperinci dalam memberikan TIP-TIP PELAKSANAAN menggunakan ayat-ayat yang ‘pendek, tepat dan padat’. Kedua-dua buku menerangkan secara terperinci akan proses-proses pelaksanaan 2 jenis kaedah atau pendekatan haji yang sering diamalkan oleh para jemaah haji kita. Dengan menghayati kandungan kedua-dua buku ini para jemaah akan dapat membezakan antara kedua-dua jenis kaedah pelaksanaan haji ini. Secara tidak langsung kefahaman para jemaah haji akan bertambah mantap dan segala kekeliruan yang menyelirati kedua-dua jenis kaedah haji ini dapat diselesaikan dengan tepat dan betul. SAYA SECARA PERIBADI MENGESYORKAN SUPAYA PARA JEMAAH MEMILIKI KEDUA-DUA BUAH BUKU INI MESKIPUN DALAM ASPEK PELAKSANAAN, JEMAAH HANYA PERLU MEMILIH SALAH SATU SAHAJA. DENGAN MENGETAHUI KEDUA-DUA PENDEKATAN INI SAYA YAKIN PARA JEMAAH AKAN DAPAT MELAKUKAN SEGALA RITUAL SERTA MANASIK HAJI MASING-MASING DENGAN YAKIN SERTA TERHINDAR DARIPADA SEBARANG PERASAAN RAGU-RAGU DAN TIDAK PASTI.

 

Saya juga atas dasar ingin BERBAKTI dan BERAMAL SOLEH telah berusaha untuk menitipkan seluruh PERJALANAN ibadah haji itu bagi membantu para jemaah bakal-bakal haji, terutamanya yang belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci MAKKAH dan MADINAH mendapatkan gambaran yang sebenarnya. Wacana yang berbentuk VCD ini memberikan gambaran secara VISUAL sepenuhnya akan suasana perjalanan ibadah haji itu bermula daripada rumah hingga selamat kembali semula ke tanah air. Saya telah mengadun gambaran suasana haji itu dengan ungkapan kata-kata saya sendiri yang penuh dengan istilah-istilah serta ungkapan kata-kata berbentuk MOTIVASI.

 

2 buah VCD yang berjudul : JEJAK-JEJAK SUCI TETAMU ALLAH ini memakan masa tayangan selama hampir 70 minit.  Ia terbahagi kepada 7 Episod yang merangkumi:

Episod 1 – Tatacara Keberangkatan        Episod 5 – Umrah & Ziarah Di Makkah

Episod 2 – Menunggu Hari Wukuf            Episod 6 – Ziarah Di Madinah

Episod 3 – Pergerakan Ke Arafah            Episod 7 – Kembali Ke Tanah Air

Episod 4 – Aktiviti Di Arafah

 

Saya amat optimis bahawa gambaran dan visual-visual yang saya titipkan dalam VCD ini dapat MEMBANTU mengangkat martabat PENGHAYATAN para jemaah kerana peranan penghayatan amat perlu sepanjang berada di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah haji masing-masing.

 

TERDAPAT segelintir para jemaah haji yang CEPAT serta mudah BERPUAS HATI dengan amalan mereka semasa di tanah suci terutama selepas selesai segala ritual dan manasik haji masing-masing.  Mereka tidak lagi berminat untuk bersolat dalam MASJIDIL HARAM malah lebih banyak menghabiskan masa untuk membeli belah. PADA HAL terlalu banyak tugas dan peribadahan yang MASIH boleh dilakukan seperti: UMRAH SUNAT, TAWAF SUNAT, SOLAT-SOLAT QADHA DI DALAM MASJIDIL HARAM, MEMBACA AL-QURAN, BERZIARAH dan seumpamanya. Terdapat juga para jemaah yang tidak sabar-sabar lagi untuk balik ke tanah air padahal jangka masa mereka berada di tanah suci masih lama. SEHARUSNYA mereka mengambil peluang yang amat berharga ini untuk beribadah sepuas-puasnya seperti MENCIUM HAJAR ASWAD, BERSOLAT DALAM HIJIR ISMAIL, BERSOLAT DI MAQAM IBRAHIM dan seumpamanya.

 

MENGAPA fenomena sedih itu berlaku? JAWAPANNYA tidak lain kerana para jemaah tersebut tidak mengetahui HIKMAT serta KELEBIHAN ibadah haji itu sendiri. Mereka pergi menunaikan haji TANPA bekalan ILMU yang MANTAP serta PENJURUSAN MINDA (Mind-Setting) yang BETUL.  Mereka tidak mahu membaca atau menambah ILMU serta bergantung bulat-bulat kepada KURSUS-KURSUS serta BAHAN BACAAN ASAS yang dibekalkan oleh LEMBAGA TABUNG HAJI sahaja. Mereka rasa berat hati BERBELANJA lebih untuk membeli ilmu pengetahuan dan bahan-bahan tambahan.

 

BANYAK kelemahan dan kemelut yang berlaku kepada para jemaah haji dan umrah yang TERSEMBUNYI dan TERLINDUNG daripada pengetahuan para jemaah lantaran tidak ramai yang mempunyai INISIATIF untuk MENGUAR-UARKANNYA dalam bentuk wacana atau penulisan. Justeru, BERULANGLAH segala KESALAHAN dan KESILAPAN tersebut dilakukan oleh para jemaah yang TERKEMUDIAN. Atas sikap prihatin dan cakna atas permasalahan tersebut maka saya telah BERUSAHA dan BERJAYA menghasilkan sebuah lagi buku yang berjudul: KOLEKSI KISAH DAN TELADAN – IKTIBAR DARI TANAH SUCI MAKKAH DAN MADINAH.

 

Buku ini telah menjadi ilham pencetus kepada siri TV – ASTRO OASIS (Channel 106) - “Iktibar Dari Tanah Suci”. Kisah saya sendiri telah dipaparkan di dalam episod ke-5 yang bertajuk “Terlanjur Kata”. Buku ini wajar menjadi perhatian dan milikan para bakal-bakal haji. Ianya dipersembahkan secara santai dalam bentuk cerita. Ia amat SESUAI untuk dibaca bersama-sama dengan buku-buku di dalam KIT HAJI ATAU UMRAH yang lain kerana ianya berkesinambungan dan berpaut erat.

 

 

 

 

 

SEHUBUNGAN ITU, saya menyeru kepada sekalian para jemaah bakal-bakal haji supaya MEMBUAT PESEDIAAN yang semantapnya. SAYA YAKIN dan OPTIMIS bahawa KIT HAJI yang saya usahakan ini mampu memberikan SUNTIKAN SEMANGAT kepada diri para jemaah dan seterusnya TERHAYAT untuk menggarap haji masing-masing ke TAHAP yang tertinggi. 

 

SEKIAN. Salam hormat dan selamat menunaikan haji. Semoga Allah bukakan ruang dan peluang untuk ANDA semua mendapatkan HAJI yang MABRUR. InsyaAllah...

 

 

~Hj. Zainal Hj. Bujang, Februari 2009~